Wednesday, April 2, 2008

~~VISI & MISI~~

‘Bersama Mencipta Sejarah Melaka Maju 2010’ adalah satu slogan keramat bagi semua Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ini. Slogan ini diilhamkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali B. Rustam. Begitu juga dengan YB Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim B. Sulaiman, beliau juga mempunyai visi dan misi yang perlu dilaksanakan pada penggal ini. YB Datuk telah memilih slogan ‘Maju Tanjung Bidara’ Sebagai satu slogan dan dipenuhi dengan pelbagai perancangan untuk kemajuan dan kesejahteraan penduduk kawasan DUN N.02 Tanjung Bidara. Manakala Manifesto / slogan yang di hasratkan ialah Pendidikan Tinggi. Memajukan Sektor Pelancongan Dan Kesejahteraan Rakyat.

‘Maju Tanjung Bidara’ antara lain didefinisikan sebagai kemajuan yang ingin dibawa oleh YB Datuk. Berdasarkan konsep Islam Hadhari seperti yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah B. Hji Ahmad Badawi. Selain itu, YB Datuk juga merancang untuk memindahkan Pusat Tahfiz yang kini berada di Kolej Islam Kuala Linggi untuk ditempatkan di kawasan Perkampungan Islam Hadhari di Kampung Tg Bidara ini. Seterusnya, misi Beliau untuk meningkatkan lagi sector Pelancongan di Tanjung Bidara, memandangkan kawasan ini mempunyai pantai pelancongan, seperti Pantai Pengkalan Balak, Pantai Padang Kemunting dan Pantai Tanjung Bidara. Disepanjang kawasan pantai ini juga telah didirikan kawasan perkelahan serta banyak tempat rehat yang teduh dan selesa. Berdasarkan faktor Pelancongan yang produktif di Kawasan Tanjung Bidara ini, Beliau juga amat menekankan Industri Kecil Makanan Tradisional Dan Kraftangan yang mana produk – produk ini adalah di hasilkan oleh penduduk tempatan. Industri ini juga mampu membantu Ibu – ibu Tunggal dan peniaga kecil yang berminat untuk menghasilkan produk kuih muih serta makanan ringan yang berkhasiat. Selain itu, YB Datuk juga amat menggalakkan pengusaha – pengusaha kecil ini menjalankan perusahaan ini dengan lebih meluas lagi. YB Datuk juga berjanji akan cuba membantu pengusaha – pengusaha ini untuk mendapatkan pinjaman dari Bank Pertanian atau dari kerajaan Negeri dan Jabatan FAMA.

Selain itu, YB Datuk juga amat menitik beratkan Industri Pelancongan di Kawasan Tanjung Bidara terutamanya di Kawasan Pesisiran Pantai. Dimana sekarang ini terdapat banyak resort, chalet atau bilik – bilik rehat untuk pengunjung bermalam atau beristerehat pada hujung minggu atau musim cuti sekoalh. Selain itu, ramai pelancong asing juga turut berminat untuk menyewa hotel atau resort di sini. Ini juga merupakan asset kepada DUN Tanjung Bidara dimana Industri Pelancongan amat berkembang baik di sini. YB Datuk juga sentiasa memantau keadaan di kawasan pantai ini bagi menjamin kebersihan serta keselesaan penduduk, serta pelancong. YB Datuk juga banyak memberikan sokongan moral kepada Pengusaha Chalet, resort dan rumah rehat bagi menggalakkan industri ini. Selain itu, ada juga penduduk tempatan yang menjalankan kerja – kerja menghasilkan kraftangan dan dijual di kawasan pantai ini. Ini juga akan menambahkan hasil pendapatan penduduk setempat. YB Datuk juga berhasrat untuk membina Arked / Bazar khas untuk menjual dan mempromosikan makanan tradisional penduduk tempatan dan kraftangan. Dimana di Kawasan ini telah pun terdapat penduduk tempatan yang terlibat dalam Industri Makanan Tradisional secara besar besaran seperti Produk Tapai, Bahulu serta Tempeyek yang mana mereka ini telah mempunyai kilang pembuatan sendiri.

Antara lain, YB Datuk juga amat menyokong bidang penternakan yang mana telah mendapat sambutan hangat dikawasan Tanjung Bidara ini. YB Datuk juga amat berharap kepada belia – belia yang berminat dalam bidang penternakan ini memanfaatkan kebolehan serta minat yang ada kerana pada masa kini terdapat banyak sumber dari segi latihan serta sokongan kewangan amat mudah didapati, beliau juga berhasrat untuk membantu pengusaha – pengusaha baru dalam bidang ini.

Perancangan YB Datuk untuk kemajuan, keperluan, serta pembangunan kawasan DUN Tanjung Bidara ini ialah, Beliau akan melaksanakan 2 projek besar iaitu yang pertamanya, pembinaan Kompleks Japerun Tanjung Bidara yang akan dibina dalam tahun 2008 ini. Dimana Kompleks ini yang akan mempunyai sebuah Kompleks Japerun, Pejabat, Dewan Serbaguna untuk indoor games dan kawasan untuk Padang Bola. Kawasan untuk pembinaan kompleks ini dibuat di dalam kawasan dun Tg Bidara. YB Datuk juga menyatakan bahawa Kompleks ini juga dinamakan Bangunan Pintar dan telah mendapat pembiayaan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Projek yang kedua yang mana termasuk dalam RMK ke 9 pada tahun ini ialah, projek Pembinaan Rumah Awam Kos Rendah di dua kawasan iaitu di Kampung Seri Jeram sebanyak 300 unit dan di Kampung Air Hitam Darat sebanyak 300 unit lagi. Ini juga bagi membantu penduduk yang mempunyai kos sara hidup yang sederhana. Hanya penduduk yang telah berkahwin sahaja yang layak memohon untuk perumahan ini.