Monday, June 9, 2008

JADUAL MINGGUAN YB DATUK KAPT. (B) HJ. AB. KARIM B. SULAIMAN.

9 JUN 2008 (ISNIN)

9.30pg
- Majlis Pecah Tanah Projek ‘Eye On Malaysia’ di Muara Sungai Melaka, bersempadan dengan tapak ‘Eye On Malacca’, Muara Sungai Melaka.

** SUKMA

8.30mlm
- Jemputan ke Majlis Penutup SUKMA ke 12 Terengganu 2008 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu.


10 JUN 2008 (SELASA)


9.30pg
- Mesyuarat J/Kuasa Pengelola Sambutan Bulan Perpaduan Peringkat Negeri Melaka, BIL 2/08, Di Bilik Mesy. Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional Negeri Melaka.

** SUKMA


11 JUN 2008 (RABU)

10.00pg
- Mesyuarat EXCO, Bilik Mesyuarat Tun Perak.

3.00ptg
- Mesyuarat Post EXCO, di Bilik Mesyuarat Jabatan Kebajikan.

8.00mlm
- Jemputan ke Majlis Makan Malam TYT bersama Rakyat, Daerah Melaka Tengah Sempena Perlantikan Semula TYT di Kampung Paya Rumput Jaya.


12 JUN 2008 (KHAMIS)

10.00pg
- Mesyuarat ( Majlis Eksekutif) Ke 56, Di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat PBTM, Tgkt 3, Wisma Pahlawan. KL

10.00pg
- Jemputan ke Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Insentif Pembayar Cukai Tanah 2008, Di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

2.00ptg
- Jemputan Ke Majlis Perasmian LITS 3 Peringkat Negeri Melaka.
Di Dewan Alamanda, Jasin, Melaka

4.00ptg
- Jemputan Ke Majlis Penerangan “Tata Etika Ahli UMNO” Bersama Perhubungan UMNO Negeri Melaka.
Di Dewan Mini Bestari, Ayer Keroh.


13 JUN 2008 (JUMAAT)

10.00pg
- Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perbadanan Stadium Melaka.
Di Bilik Mesyuarat Aras 2, Stadium Hang Jebat.

2.30ptg
- Raptai Lawatan Toh Puan Ke Sekolah Tunas Bakti, Lereh.

8.30mlm
- Jemputan Ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Melaka.
Di Masjid Al Ghaffar, Jasin, Melaka.


14 JUN 2008 (SABTU)

10.30pg
- Lawatan YAB Toh Puan, Ke Tunas Bakti, Lereh.

11.30tghari
- Jemputan Merasmikan Hari Guru Sekolah – Sekolah JAIM Daerah Alor Gajah Tahun 2008.
Di SMA (JAIM) Al Ehya El Karim, Tg Bidara.

4.00ptg
- Majlis Penghargaan & Penganugerahan Atlet Sukan Paralimpiad XIV 2008 Kontinjen Melaka.
Di The Emperor Hotel, Jln Munshi Abdullah.


15 JUN 2008 (AHAD)

6.30pg
- Program Jogging Khas Bersama YAB Ketua Menteri.
Di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir.

10.00pg
- Jemputan Ke Majlis Perasmian Sambutan Bulan Perpaduan Peringkat Negeri Melaka 2008 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh.
Tetamu Kehormat : YAB Ketua Menteri.

11.00pg
- Jemputan Ke Majlis Perasmian Kejohanan Taekwondo (GTF) Tertutup Negeri Melaka.
Di Dataran Pahlawan, Melaka.

Sunday, April 13, 2008

Komen Tentang Isu Babi..Dimana penyelesaiannya..

“ Saya tidak menyokong dan tidak bersetuju sepenuhnya tindakan Negeri Selangor ynag ingin mewujudkan satu lagi ladang penternakan babi di sana. Ini kerana kita sendiri (Negeri Melaka, khususnya di kawasan Masjid Tanah) ingin mengurangkan jumlah ternakan itu, tetapi Selangor nampaknya ingin membuat satu lagi kandang babi itu.” Tambah beliau lagi, kita sebagai orang islam sepatutnya tidak menyokong tindakan ini kerana projek ini bukan sahaja mengundang banyak masalah malah dari segi agama islam kita sendiri lebih mementingkan soal halal haram serta kebersihan.

Selain itu, YB Datuk juga berkata Rancangan Penternakan Babi secara besar – besaran ini juga bukan sahaja menyebabkan masalah pencemaran bau, pencemaran air serta najis haiwan itu malahan wabak penyakit dari haiwan itu sendiri.

Menurut beliau lagi,

“ Jika ada sistem canggih seprti yang dinyatakan pun, penternak tidak akan setuju melainkan kerajaan yang membiayai kos penternakan canggih ini.Malahan kawasan – kawasan yang dinyatakan seperti di Sepang atau di Kampung Tumbuk Darat (Tanjung Sepat) adalah sangat tidak sesuai memandangkan kawasan tersebut kebanyakkannya penduduk adalah penduduk melayu yang beragama islam. Kita sendiri dalam aspek Islam adalah sangat mementingkan kebersihan dalam apa jua konteks. Penduduk akan menderita dengan keadaan yang tidak selesa ini.”

Beliau juga berkata jika Selangor benar – benar mahukan projek ini dilaksanakan dan berpendapat bahawa ianya sesuai, harap dapat memindahkan semua ternakan babi di Paya Mengkuang, Melaka di alih kan disana. Kerana orang Melayu di kawasan itu telah lama menderita dan terseksa dengan keadaan ini. Apatah lagi mereka yang tidak pernah mengalami hal ini, ingin pula ‘merasa’ keadaan derita ini.

Wednesday, April 2, 2008

~~PROFILE YB ADUN~~


~~KEPUTUSAN PRU 12/2008~~

Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi DUN N02 Tanjung Bidara, ialah YB Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim B. Ab. Sulaiman.

Pada Pilihanraya Umum yang Ke 12 / 2008 yang lalu, Beliau telah mengalahkan calon PAS Ustaz Imran Abdul Rahman.
- Jumlah Pemilih Berdaftar 7,613
- Majoriti Kemenangan 3,304
- Peratus Pengundian bagi DUN ini ialah 80.69%.
- Jumlah Kertas Undi Ditolak 103
- Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi 6,127
Dengan kemenangan ini beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi Kawasan DUN N.02 Tanjung Bidara.

~~PROFILE YB ADUN~~

YB Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim B. Ab. Sulaiman dilahirkan pada 22 April 1948, dalam usia 59 tahun, beliau masih sihat, bersemangat tinggi, prihatin dan berkeyakinan serta layak bergelar Wakil Rakyat untuk penggal yang ke 3 pada tahun 2008 ini di Dewan Undangan Negeri N.02 Tanjung Bidara. Beliau juga mendapat sokongan padu daripada seluruh warga penduduk DUN Tanjung Bidara sekaligus melayakkan beliau menang besar dalam pilihanraya kali ini.

Beliau, YB Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim B. Ab. Sulaiman, telah menerima pendidikan awal persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Jeram pada tahun 1956 hingga 1960. Kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Lubok Redan pada tahun 1961. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghaffar Baba pada tahun 1962 sehingga 1966. Tamat sekolah menengah, YB Datuk telah menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu menyambung pengajian di Maktab Tentera Di Raja Malaysia, Sungai Besi (MTD).




~~KELUARGA~~

Nama Isteri : Datin Hjh Fatimah Bte Hj Md Nor
Nama Anak - Anak :
1) Irwan B. Ab Karim
2) Azlinda Bte Ab. Karim
3) Azlan B. Ab Karim
4) Azniza Bte Ab Karim.

~~PENGLIBATAN DALAM POLITIK~~

YB Datuk Kapt (B) Hj Ab. Karim B. Ab Sulaiman, mula melibatkan diri dalam bidang politik pada tahun 1986 sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Kg Seri Jeram, sekaligus melayakkan beliau menjadi AJK Bahagian Alor Gajah sehingga 1998. Seterusnya Beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Cawangan Seri Jeram pada tahun 1989 sehinggalah pada tahun 1998. Pada Tahun 1998 pula apabila Bahagian Masjid Tanah ditubuhkan, beliau dilantik menjadi Setiausaha Biro Politik, serta jawatan lain beliau ialah Setiausaha Barisan Nasional Bahagian. YB Datuk telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Masjid Tanah pada tahun berikutnya 2004 sehingga kini. Beliau juga memegang jawatan lain seperti Timbalan Pengerusi Biro Politik UMNO Bahagian Masjid Tanah. YB Datuk juga telah menjadi Ketua Cawangan Seri Jeram dari tahun 1996 sehingga kini. Selain itu, YB Datuk telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan N.02 Tanjung Bidara bagi 3 penggal berturut – turut.

YB Datuk Kapt (B) Hj Ab. Karim B. Ab Sulaiman, selain menjawat jawatan di Dewan Undangan Negeri dan Bahagian, YB datuk juga pernah dilantik menjadi Exco Penerangan, Multimedia, Sains & Teknologi Negeri Melaka. Beliau juga telah dilantik menjadi Pengerusi bagi persatuan Kebajikan Tentera, Polis, Rela dan JPA 3 Negeri Melaka. Pada tahun 2007 Beliau telah dilantik menjadi Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna. Manakala pada tahun 2008 ini, beliau telah sekali lagi dilantik menjadi Exco Negeri Melaka dengan menyandang Portfolio Exco Kebajikan & Perpaduan dan Belia & Sukan. Kepimpinan, ketekunan, kewibawaan serta kesungguhan beliau menjadi salah satu sikap yang perlu dicontohi oleh semua orang.

Pembabitan beliau dan NGO atau Badan Sukarelawan juga amat membanggakan. Selain politik beliau juga aktif dalam Persatuan – persatuan Kebajikan serta kerja amal. Antara jawatan yang disandang beliau sehingga kini ialah, Naib Presiden Persatuan Bekas Tentera, Malaysia. Menjadi Pengerusi IKSEP, Pengerusi Peringatan Hari Pahlawan,serta Yang DiPertua PBTM Negeri Melaka. Selain itu, Beliau juga amat aktif dalam Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia Melaka (PEKIDA) dengan jawatan yang disandang ialah Timbalan Pengerusi (PEKIDA) dan Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi PEKIDA Daerah Alor Gajah. Antara lain Beliau juga memegang jawatan Pengerusi Bencana Alam Negeri Melaka. Dimana beliau amat komited dan prihatin terhadap mangsa – mangsa bencana alam, sejajar dengan jawapan yang disandang beliau. Seterusnya, beliau menjadi Penaung Yayasan Sinar Gemilang, menjadi Timbalan Pengerusi Kelab Vespa Negeri Melaka dan Ahli Lembaga Pengarah PERTAM Properties. Dalam bidang pendidikan pula, beliau telah di lantik menjadi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sek. Kebangsaan Jeram. Serta Beliau turut menjadi Ahli Lembaga Pengarah IIUM (Tg Bidara Beach Resort). Antara lain, Beliau juga dilantik memegang jawatan Ketua Cawangan PBTM Masjid Tanah.
~~VISI & MISI~~

‘Bersama Mencipta Sejarah Melaka Maju 2010’ adalah satu slogan keramat bagi semua Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ini. Slogan ini diilhamkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali B. Rustam. Begitu juga dengan YB Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim B. Sulaiman, beliau juga mempunyai visi dan misi yang perlu dilaksanakan pada penggal ini. YB Datuk telah memilih slogan ‘Maju Tanjung Bidara’ Sebagai satu slogan dan dipenuhi dengan pelbagai perancangan untuk kemajuan dan kesejahteraan penduduk kawasan DUN N.02 Tanjung Bidara. Manakala Manifesto / slogan yang di hasratkan ialah Pendidikan Tinggi. Memajukan Sektor Pelancongan Dan Kesejahteraan Rakyat.

‘Maju Tanjung Bidara’ antara lain didefinisikan sebagai kemajuan yang ingin dibawa oleh YB Datuk. Berdasarkan konsep Islam Hadhari seperti yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah B. Hji Ahmad Badawi. Selain itu, YB Datuk juga merancang untuk memindahkan Pusat Tahfiz yang kini berada di Kolej Islam Kuala Linggi untuk ditempatkan di kawasan Perkampungan Islam Hadhari di Kampung Tg Bidara ini. Seterusnya, misi Beliau untuk meningkatkan lagi sector Pelancongan di Tanjung Bidara, memandangkan kawasan ini mempunyai pantai pelancongan, seperti Pantai Pengkalan Balak, Pantai Padang Kemunting dan Pantai Tanjung Bidara. Disepanjang kawasan pantai ini juga telah didirikan kawasan perkelahan serta banyak tempat rehat yang teduh dan selesa. Berdasarkan faktor Pelancongan yang produktif di Kawasan Tanjung Bidara ini, Beliau juga amat menekankan Industri Kecil Makanan Tradisional Dan Kraftangan yang mana produk – produk ini adalah di hasilkan oleh penduduk tempatan. Industri ini juga mampu membantu Ibu – ibu Tunggal dan peniaga kecil yang berminat untuk menghasilkan produk kuih muih serta makanan ringan yang berkhasiat. Selain itu, YB Datuk juga amat menggalakkan pengusaha – pengusaha kecil ini menjalankan perusahaan ini dengan lebih meluas lagi. YB Datuk juga berjanji akan cuba membantu pengusaha – pengusaha ini untuk mendapatkan pinjaman dari Bank Pertanian atau dari kerajaan Negeri dan Jabatan FAMA.

Selain itu, YB Datuk juga amat menitik beratkan Industri Pelancongan di Kawasan Tanjung Bidara terutamanya di Kawasan Pesisiran Pantai. Dimana sekarang ini terdapat banyak resort, chalet atau bilik – bilik rehat untuk pengunjung bermalam atau beristerehat pada hujung minggu atau musim cuti sekoalh. Selain itu, ramai pelancong asing juga turut berminat untuk menyewa hotel atau resort di sini. Ini juga merupakan asset kepada DUN Tanjung Bidara dimana Industri Pelancongan amat berkembang baik di sini. YB Datuk juga sentiasa memantau keadaan di kawasan pantai ini bagi menjamin kebersihan serta keselesaan penduduk, serta pelancong. YB Datuk juga banyak memberikan sokongan moral kepada Pengusaha Chalet, resort dan rumah rehat bagi menggalakkan industri ini. Selain itu, ada juga penduduk tempatan yang menjalankan kerja – kerja menghasilkan kraftangan dan dijual di kawasan pantai ini. Ini juga akan menambahkan hasil pendapatan penduduk setempat. YB Datuk juga berhasrat untuk membina Arked / Bazar khas untuk menjual dan mempromosikan makanan tradisional penduduk tempatan dan kraftangan. Dimana di Kawasan ini telah pun terdapat penduduk tempatan yang terlibat dalam Industri Makanan Tradisional secara besar besaran seperti Produk Tapai, Bahulu serta Tempeyek yang mana mereka ini telah mempunyai kilang pembuatan sendiri.

Antara lain, YB Datuk juga amat menyokong bidang penternakan yang mana telah mendapat sambutan hangat dikawasan Tanjung Bidara ini. YB Datuk juga amat berharap kepada belia – belia yang berminat dalam bidang penternakan ini memanfaatkan kebolehan serta minat yang ada kerana pada masa kini terdapat banyak sumber dari segi latihan serta sokongan kewangan amat mudah didapati, beliau juga berhasrat untuk membantu pengusaha – pengusaha baru dalam bidang ini.

Perancangan YB Datuk untuk kemajuan, keperluan, serta pembangunan kawasan DUN Tanjung Bidara ini ialah, Beliau akan melaksanakan 2 projek besar iaitu yang pertamanya, pembinaan Kompleks Japerun Tanjung Bidara yang akan dibina dalam tahun 2008 ini. Dimana Kompleks ini yang akan mempunyai sebuah Kompleks Japerun, Pejabat, Dewan Serbaguna untuk indoor games dan kawasan untuk Padang Bola. Kawasan untuk pembinaan kompleks ini dibuat di dalam kawasan dun Tg Bidara. YB Datuk juga menyatakan bahawa Kompleks ini juga dinamakan Bangunan Pintar dan telah mendapat pembiayaan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Projek yang kedua yang mana termasuk dalam RMK ke 9 pada tahun ini ialah, projek Pembinaan Rumah Awam Kos Rendah di dua kawasan iaitu di Kampung Seri Jeram sebanyak 300 unit dan di Kampung Air Hitam Darat sebanyak 300 unit lagi. Ini juga bagi membantu penduduk yang mempunyai kos sara hidup yang sederhana. Hanya penduduk yang telah berkahwin sahaja yang layak memohon untuk perumahan ini.

~~PENDIDIKAN~~

~~PENDIDIKAN~~

Dalam bidang Pendidikan pula, YB Datuk juga telah dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jeram. YB Datuk juga memperkatakan kerisauan beliau melihat masalah pengangguran di kawasan Tanjung Bidara, dimana terdapat ramai remaja yang tidak mempunyai pekerjaan, ini juga adalah kerana mereka tidak berpendidikan tinggi dan ada juga antara lepasan SPM yang tidak dapat memasuki IPTA / IPTS kerana mereka tidak berkelulusan atau mempunyai keputusan SPM tidak memuaskan. Oleh yang demikian, YB Datuk berhasrat untuk membina sebuah Kolej Swasta iaitu Oil & Gas College. Kolej ini dibina untuk memberi pendidikan tentang industri Oil & Gas ini. Ini kerana, di Melaka, kita mempunyai pusat penapisan minyak, contohnya di Petronas Sg Udang, jadi bagi menggalakkan mereka ini mempunyai pekerjaan dan mempunyai pendidikan tentang bidang ini. Kolej ini juga akan diusahamakan dengan Petronas Sdn. Bhd.




~~~AKTIVITI~~~

Pic 01: YB Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim B. Sulaiman sedang menyampaikan sumbangan.

Sunday, March 30, 2008

Negeri Melaka, Negeri Bersejarah...


Pilihanraya PRU ke 12, telah pun berlangsung dengan jayanya. Semua Negeri telah pun melantik Ketua Menteri atau Menteri Besar. Bagi Negeri Melaka yang bersejarah ini, Melaka ditadbir Oleh YAB Datuk Seri Hj.Mohd Ali B. Rustam, Seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta sentiasa membantu rakyat negeri ini serta sentiasa mempunyai idea baru bagi memajukan Negeri Melaka ini.
Selain itu, Melaka mempunyai 6 Bahagian serta 28 DUN keseluruhannya. Salah satu bahagian yang terdapat di Negeri Melaka ialah P134 Masjid Tanah, dimana Parlimen Masjid Tanah ini mempunyai 5 DUN Keseluruhannya.
Parlimen Masjid Tanah P134 ditadbir Oleh YB Datuk Wira Abu Seman B. Yusop. Dimana Dewan Undangan Negeri bagi keseluruhan Masjid Tanah ialah seperti berikut :
N01 DUN Kuala Linggi :
YB En.Ar. Hj Ismail B. Hj Othman.

N02 DUN Tanjung Bidara :
YB Datuk Kapt. (B) Hj. Ab Karim B. Sulaiman.

N03 DUN Ayer Limau :
YB En. Amiruddin b. Yusuf.

N04 DUN Lendu :
YB Datuk Idderis B. Kassim.

N05 DUN Taboh Naning :
YB Pn. Latipah Omar.