Sunday, April 13, 2008

Komen Tentang Isu Babi..Dimana penyelesaiannya..

“ Saya tidak menyokong dan tidak bersetuju sepenuhnya tindakan Negeri Selangor ynag ingin mewujudkan satu lagi ladang penternakan babi di sana. Ini kerana kita sendiri (Negeri Melaka, khususnya di kawasan Masjid Tanah) ingin mengurangkan jumlah ternakan itu, tetapi Selangor nampaknya ingin membuat satu lagi kandang babi itu.” Tambah beliau lagi, kita sebagai orang islam sepatutnya tidak menyokong tindakan ini kerana projek ini bukan sahaja mengundang banyak masalah malah dari segi agama islam kita sendiri lebih mementingkan soal halal haram serta kebersihan.

Selain itu, YB Datuk juga berkata Rancangan Penternakan Babi secara besar – besaran ini juga bukan sahaja menyebabkan masalah pencemaran bau, pencemaran air serta najis haiwan itu malahan wabak penyakit dari haiwan itu sendiri.

Menurut beliau lagi,

“ Jika ada sistem canggih seprti yang dinyatakan pun, penternak tidak akan setuju melainkan kerajaan yang membiayai kos penternakan canggih ini.Malahan kawasan – kawasan yang dinyatakan seperti di Sepang atau di Kampung Tumbuk Darat (Tanjung Sepat) adalah sangat tidak sesuai memandangkan kawasan tersebut kebanyakkannya penduduk adalah penduduk melayu yang beragama islam. Kita sendiri dalam aspek Islam adalah sangat mementingkan kebersihan dalam apa jua konteks. Penduduk akan menderita dengan keadaan yang tidak selesa ini.”

Beliau juga berkata jika Selangor benar – benar mahukan projek ini dilaksanakan dan berpendapat bahawa ianya sesuai, harap dapat memindahkan semua ternakan babi di Paya Mengkuang, Melaka di alih kan disana. Kerana orang Melayu di kawasan itu telah lama menderita dan terseksa dengan keadaan ini. Apatah lagi mereka yang tidak pernah mengalami hal ini, ingin pula ‘merasa’ keadaan derita ini.